Description
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya perancangan harta yang melibatkan suami isteri dan keluarga.
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya perancangan harta untuk mengelakkan persengketaan dan perebutan harta antara suami isteri/waris-waris si mati sehingga menjadi perbalahan yang berlanjutan di mahkamah.
- Mengenal pasti isu-isu yang berkaitan harta yang menjadi pertikaian dalam tempoh perkahwinan melalui harta sepencarian, hibah dan wasiat.
- Membincangkan prinsip-prinsip dalam tuntutan pembahagian harta sepencarian, hibah dan wasiat di mahkamah.



