Event

Event

 

Webinar | Amalan Pemindahan Milik Tanah Wakaf untuk Firma Kecil

23 May 2025 - Fri / 1 day / 2:30pm - 4:00pm /

Wakaf adalah instrumen perundangan Islam yang kompleks, terutamanya apabila melibatkan urus niaga harta tak alih, iaitu hartanah.  Firma guaman berskala kecil lazimnya berdepan cabaran dari segi kefahaman teknikal dan keperluan pematuhan apabila mengendalikan urusan percaraan  konveyansing  berkaitan wakaf.

Webinar ini disusun khas sebagai pengenalan kepada amalan pemindahan milik tanah wakaf, dan akan menyentuh aspek undang-undang substantif dan prosedural yang melibatkan tanah wakaf di bawah kerangka Kanun Tanah Negara 1965 serta peruntukan berkaitan wakaf negeri.

Member: RM 20
Pupil in Chambers: RM 10
Organisers: Bar Council

CPD Points: 1
Event Code:
T5/23052025/BC/BC252256/1

Register Now
Clear

Description

“Gagal Definisi, Gagal Rancang, Gagal Laksana”

Wakaf adalah instrumen perundangan Islam yang kompleks, terutamanya apabila melibatkan urus niaga harta tak alih, iaitu hartanah.  Firma guaman berskala kecil lazimnya berdepan cabaran dari segi kefahaman teknikal dan keperluan pematuhan apabila mengendalikan urusan percaraan  konveyansing  berkaitan wakaf.

Webinar ini disusun khas sebagai pengenalan kepada amalan pemindahan milik tanah wakaf, dan akan menyentuh aspek undang-undang substantif dan prosedural yang melibatkan tanah wakaf di bawah kerangka Kanun Tanah Negara 1965 serta peruntukan berkaitan wakaf negeri.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuk:

  • (1) Takrifan dan perbezaan antara “wakaf” dan “jual beli”;
  • (2) Perbezaan antara “pentadbiran tanah wakaf” dan “hartanah biasa” menurut undang-undang Malaysia;
  • (3) Kedudukan tanah wakaf dalam sistem pendaftaran hak milik tanah dan enakmen berkaitan pentadbiran wakaf;
  • (4) Ciri dan batasan urus niaga tanah wakaf — termasuk aspek kekalan dan kekebalan milikan;
  • (5) Amalan konveyansing semasa dalam urusan pewakafan, pemindahan milik, dan pembangunan bersama;
  • (6) Dua senario kes praktikal berkaitan pewakafan dan pembangunan oleh Majlis Agama Islam; dan
  • (7) Perbincangan tentang risiko undang-undang, salah faham amalan, dan tanggungjawab profesional peguam.

Penyampaian akan dibuat dalam dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) bagi memastikan kefahaman menyeluruh merentas latar belakang peserta.  Webinar ini amat sesuai untuk peguam syarie dan sivil, khususnya dari firma kecil yang berhasrat memperluaskan skop amalan kepada pengurusan dan perundangan hartanah wakaf.

Speaker

Mohamad Redzuan b Idrus adalah rakan kongsi di Azmi & Associates, dengan pengalaman dalam litigasi am, pemindahan hak milik, kewangan Islam, perancangan pengurusan kekayaan Islam, dan urusan korporat.  Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) (2001), menamatkan pengajian dalam 10% teratas kohort, dan adalah penerima Anugerah Rektor.  Beliau juga adalah Pelajar Terbaik Konvokesyen ke-17 UIAM.

Diterima sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2002, Redzuan ialah seorang mediator bertauliah, pengamal Neuro-Linguistic Programming, dan jurulatih profesional.  Beliau berpengalaman dalam perancangan harta pusaka Islam, dan antara pengalamannya, mempertahankan pihak berkuasa agama negeri serta merangka pelbagai perjanjian usaha sama.  Beliau adalah mantan Pengerusi Jawatankuasa Transaksi Kewangan Islam di bawah Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang dan menasihati klien Muslim berkaitan hibah, wasiat, wakaf, amanah, dan pengurusan harta bersama.  Aktif dalam pembangunan profesional, beliau telah menganjurkan pelbagai persidangan utama, melatih penceramah Majlis Peguam, dan sering dijemput sebagai penceramah bagi CIMB Islamic Bank.

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis. The registration for this session will close on 28 July 2025 (Monday), at 12:00 pm.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges.

Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Cancellation

Cancellations must be made in writing.

Please note that there will be no refunds for cancellations, but substitutions are allowed.

Kindly inform us in writing with the relevant details at least three days in advance.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Transferal

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details at least three days in advance.

Attendance

CPD points for CPD Scheme will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials (if any) will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used / reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha [honeypot your-private-no]

    * all the fields are required