Event

Event

 

Merdeka Bersama 2026 ~Warisan • Kedaulatan Undang-Undang • Kebersamaan~ (Merdeka Bersama*)

26 Aug 2026 - Wed / 1 day / 4:30pm - 6:45pm / Saudagar, Pejabat Pos Besar Lama, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam dengan sukacitanya menjemput Ahli-Ahli Badan Peguam Malaysia (“Ahli-Ahli”) untuk menyertai “Merdeka Bersama 2026”, sebuah program khas yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Program ini bertujuan menghimpunkan Ahli-Ahli melalui penghayatan warisan perundangan bersama serta nilai dan prinsip yang terus menjadi asas kepada pentadbiran keadilan dan profesion guaman.

Selain menjadi wadah untuk meraikan Bulan Kebangsaan, “Merdeka Bersama 2026” turut menyediakan ruang kepada para peserta untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan dalam suasana yang santai dan bermakna, di samping menghayati nilai-nilai yang terus membentuk dan memperkukuh profesion guaman, termasuk integriti, keadilan, kesaksamaan dan kedaulatan undang-undang.

Kod Pakaian: Baju Tradisional Malaysia.
Highlight: *Sesi ini termasuk hidangan minum petang bufet di Saudagar, Pejabat Pos Besar Lama.
Pupil in Chambers: RM 45
Law Student: RM 45
Member: RM 45
Non-Member: RM 45
Organisers: Bar Council

CPD Points:
Event Code:

Register Now
Clear

Description

Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam dengan sukacitanya menjemput Ahli-Ahli Badan Peguam Malaysia (“Ahli-Ahli”) untuk menyertai “Merdeka Bersama 2026”, sebuah program khas yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Program ini bertujuan menghimpunkan Ahli-Ahli melalui penghayatan warisan perundangan bersama serta nilai dan prinsip yang terus menjadi asas kepada pentadbiran keadilan dan profesion guaman.

Selain menjadi wadah untuk meraikan Bulan Kebangsaan, “Merdeka Bersama 2026” turut menyediakan ruang kepada para peserta untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan dalam suasana yang santai dan bermakna, di samping menghayati nilai-nilai yang terus membentuk dan memperkukuh profesion guaman, termasuk integriti, keadilan, kesaksamaan dan kedaulatan undang-undang.

Program akan bermula di Bangunan Sultan Abdul Samad, yang baru-baru ini menjalani kerja-kerja pemuliharaan, dengan para peserta berhimpun untuk melafazkan Rukun Negara sebelum menyertai “Jejak Warisan” di bangunan bersejarah ini. Bangunan Sultan Abdul Samad, yang pernah menempatkan institusi kehakiman negara, telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan institusi pentadbiran dan kehakiman Malaysia. Menerusi lawatan berpandu ini, para peserta akan berpeluang menghayati sejarah bangunan tersebut serta hubungannya dengan perkembangan profesion guaman dan institusi keadilan negara.

Program seterusnya akan diadakan di Saudagar menerusi sesi “Bicara Legasi” yang akan menampilkan Tetamu Kehormat, Yang Amat Berbahagia Tun (Dr) Tengku Maimun bt Tuan Mat, Profesor Amalan dan Pemegang Kursi Diraja Integriti dan Tadbir Urus Baik, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia; bekas Ketua Hakim Negara.

Program ini turut merangkumi persembahan sajak, hidangan minum petang serta sesi ramah mesra yang memberi peluang kepada para Ahli untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan sesama peguam.

Program ini terbuka kepada semua Ahli, termasuk peguam muda, pengamal undang-undang berpengalaman, pelatih dalam kamar serta semua.

“Merdeka Bersama 2026” merupakan satu wadah untuk bersama-sama berhimpun, menimba pengetahuan, berkongsi pandangan, menghayati nilai-nilai yang mendasari profesion guaman serta meraikan warisan perundangan bersama dalam suasana yang santai dan bermakna.

Speaker

Terms and Conditions

Polisi Acara
Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat. Pendaftaran untuk sesi ini akan ditutup pada 24 Ogos 2026 (Rabu), pada pukul 5:00 petang, atau setelah kapasiti maksimum dicapai, mana-mana yang terdahulu.

Bagi acara yang dikenakan yuran pendaftaran, semua pembayaran mesti dibuat terlebih dahulu, termasuk caj bank. Pendaftaran akan disahkan setelah bukti pembayaran dihantar melalui e-mel atau faks, dan pembayaran penuh diterima.

Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut. Dalam keadaan ini, semua yuran pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan.

Pembatalan
Pembatalan mesti dibuat secara bertulis.

Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik untuk pembatalan, tetapi penggantian peserta dibenarkan. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan butiran yang relevan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Jika anda gagal memaklumkan penganjur mengenai pembatalan sebanyak tiga kali berturut-turut, anda mungkin akan disenaraihitamkan untuk acara pada masa depan.

Pemindahan
Anda dibenarkan untuk memindahkan tempat anda kepada peserta lain, tetapi anda harus memaklumkan kepada penganjur dengan butiran yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Kehadiran
Para peserta dikehendaki menghadiri keseluruhan acara dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh penganjur dan/atau pihak pengurusan tempat acara.

Privasi
Maklumat peribadi yang diberikan kepada Badan Peguam Malaysia, sama ada kini atau di masa hadapan, boleh digunakan, direkodkan, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi pihak Badan Peguam Malaysia untuk tujuan memudahkan dan menganjurkan acara ini, penyelidikan dan audit, penyelenggaraan pangkalan data peserta untuk promosi acara ini, dan perkhidmatan sampingan yang relevan.

Penafian
 Acara dan aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara penganjur.
 Para peserta hendaklah mematuhi segala peraturan dan keperluan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat acara.
 Sebarang rakaman acara melalui apa-apa cara atau kaedah adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada penganjur.
 Gambar dan/atau rakaman mungkin diambil sepanjang acara bagi tujuan publisiti dan komunikasi oleh Badan Peguam Malaysia.

Talk2Us

    captcha [honeypot your-private-no]

    * all the fields are required