Event

Event

 

CPD Perintis | Wakaf, Hibah, Wasiat atau Pusaka? Memahami Pilihan Perancangan Harta Menurut Syarak

9 Dec 2026 - Wed / 1 day / 2:00pm - 5:00pm / Raja Aziz Addruse Auditorium Level 2, Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur

Pada masa kini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat menyedari kepentingan merancang harta semasa hidup melalui instrumen seperti wakaf, hibah dan wasiat, di samping memahami kaedah pembahagian harta pusaka selepas kematian. Namun begitu, masih ramai yang keliru dan mencari kaedah atau solusi terbaik untuk perancangan harta yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan masing-masing.

Dalam realiti masyarakat hari ini, isu seperti pertikaian dan perebutan harta, kewujudan harta beku serta kelewatan dalam urusan pentadbiran harta pusaka sering berlaku dan boleh menimbulkan pelbagai permasalahan kepada waris. Keadaan ini menunjukkan pentingnya pengetahuan dan perancangan harta yang teratur serta dibuat dengan sewajarnya.

Justeru, para pengamal undang-undang digalakkan untuk menyertai ceramah ini bagi mendapatkan pencerahan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai instrumen perancangan harta seperti wakaf, pusaka, hibah dan wasiat.

 

Member: RM 90
Law Student: RM 50
Pupil in Chambers: RM 50
Non-Member: RM 180
Organisers: Malaysian Bar

CPD: Perintis
CPD Points: 3
Event Code:
T3/09122026/BC/BC261265/3

Register Now
Clear

Description

Pada masa kini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat menyedari kepentingan merancang harta semasa hidup melalui instrumen seperti wakaf, hibah dan wasiat, di samping memahami kaedah pembahagian harta pusaka selepas kematian. Namun begitu, masih ramai yang keliru dan mencari kaedah atau solusi terbaik untuk perancangan harta yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan masing-masing.

Dalam realiti masyarakat hari ini, isu seperti pertikaian dan perebutan harta, kewujudan harta beku serta kelewatan dalam urusan pentadbiran harta pusaka sering berlaku dan boleh menimbulkan pelbagai permasalahan kepada waris. Keadaan ini menunjukkan pentingnya pengetahuan dan perancangan harta yang teratur serta dibuat dengan sewajarnya.

Justeru, para pengamal undang-undang digalakkan untuk menyertai ceramah ini bagi mendapatkan pencerahan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai instrumen perancangan harta seperti wakaf, pusaka, hibah dan wasiat.

Ceramah ini akan membincangkan perjalanan dan pelaksanaan setiap instrumen tersebut dari perspektif syarak dan undang-undang, termasuk perbezaan antara satu sama lain. Jom sertai ceramah ini untuk mendapatkan kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai perancangan harta, serta membantu memberikan pandangan dan nasihat yang lebih tepat kepada klien.

Speaker

Hj Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie dan merupakan salah seorang rakan kongsi di Zamani Mohammad & Co, serta mempunyaikelulusan Ijazah Undang Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1991.

Beliau sering dijemput sebagai penceramah bagi siri-siri seminar yang dianjurkan oleh Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Badan Peguam Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”). Di samping itu, beliau turut diundang memberikan ceramah undang-undang kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Tambahan pula, beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah. Beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”) dan kini berperanan sebagai penasihat kepada PPST. Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam untuk penggal 2024/25.

Setakat ini beliau telah menghasilkan 15 buah buku untuk rujukan para peguam, pelajar jurusan Syariah dan juga untuk orang awam. Judul buku-buku yang diterbitkan ialah:
(1) Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
(2) Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
(3) Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
(4) Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
(5) Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
(6) Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
(7) Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
(8) Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
(9) Urus Pusaka dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2022);
(10) Wakalah: Kepentingan Wakalah dalam Guaman Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia (2022);
(11) Talaq Tiga: Putus atau Terus? (2022);
(12) Hutang dalam Perkahwinan: Mudah ke Menuntutnya di Mahkamah Syariah..? (2023);
(13) Hibah...Usah Hiba (2024);
(14) 50 Persoalan Asas Harta Sepencarian yang Perlu Anda Tahu (2025); dan
(15) Semakan & Rayuan di Mahkamah Syariah di Malaysia (2026).

Terms and Conditions

Polisi Acara

Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Pendaftaran untuk sesi ini akan ditutup pada 8 Disember 2026 (Selasa), pada pukul 12:00 tengah hari.

Bagi acara yang dikenakan yuran pendaftaran, semua pembayaran mesti dibuat terlebih dahulu, termasuk caj bank. Pendaftaran akan disahkan setelah bukti pembayaran dihantar melalui e-mel atau faks, dan pembayaran penuh diterima.

Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut. Dalam keadaan ini, semua yuran pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan.

Pembatalan

Pembatalan mesti dibuat secara bertulis. Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik untuk pembatalan, tetapi penggantian peserta dibenarkan. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan butiran yang relevan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Jika anda gagal memaklumkan penganjur mengenai pembatalan sebanyak tiga kali berturut-turut, anda mungkin akan disenaraihitamkan untuk acara pada masa depan.

Pemindahan

Anda dibenarkan untuk memindahkan tempat anda kepada peserta lain, tetapi anda harus memaklumkan kepada penganjur dengan butiran yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Kehadiran

Mata CPD untuk Skim CPD tidak akan diberikan kepada peguam ataupun pelatih dalam kamar dari Semenanjung Malaysia yang tiba lewat lebih daripada 15 minit, tidak hadir sepanjang acara, atau meninggalkan acara sebelum tamat waktu yang dijadualkan.

Privasi

Maklumat peribadi yang anda berikan kepada Badan Peguam Malaysia, sama ada kini atau di masa hadapan, boleh digunakan, direkod, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi pihak Badan Peguam Malaysia untuk tujuan memudahkan dan menganjurkan acara ini, penyelidikan dan audit, penyelenggaraan pangkalan data peserta untuk promosi acara ini, dan perkhidmatan sampingan yang relevan.

Penafian

  • Semua bahan kursus (jika ada) akan dihantar melalui e-mel sahaja. Tiada nota bercetak akan disediakan.
  • Peserta tidak dibenarkan merakam kursus ini melalui apa-apa cara.
  • Tiada bahagian kursus ini boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Badan Peguam Malaysia dan penceramah.

Talk2Us

    captcha [honeypot your-private-no]

    * all the fields are required