Event

Event

 

CPD Camps Live | Pengenalan Kepada Undang-Undang Keluarga Islam

27 Feb 2024 - Tue / 1 day / 2:30pm - 4:30pm / Zoom
Webinar ini akan membincangkan aspek-aspek di bawah Undang-undang keluarga Islam berikut:
  1. bidang kuasa undang-undang keluarga Islam dalam Perlembagaan;
  2. hak-hak sebelum berkahwin;
  3. rukun-rukun nikah;
  4. hak suami isteri semasa dalam perkahwinan;
  5. obligasi suami isteri, bentuk-bentuk perceraian;
  6. isu selepas perceraian seperti rujuk dan iddah, dan
  7. tuntutan-tuntutan selepas perceraian.
Member (SLS & AAS): RM 15
Member: RM 15
Law Student: RM 10
Pupil in Chambers: RM 10
Non-Member: RM 60
Organisers: Bar Council

CPD Camps
CPD Points: 1
Event Code:
T5/27022024/BC/BC244057/2

Register Now
Clear

Description

Institusi keluarga merupakan tulang belakang masyarakat. Undang-undang keluarga Islam mempunyai peranan utama dalam menetapkan peraturan yang perlu diikut oleh setiap individu dan masyarakat Islam yang dilestarikan melalui penubuhan istitusi keluarga. 

Untuk memastikan hubungan keluarga yang sah dan diberkati, Islam mewajibkan  perkahwinan iaitu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan menurut syarat-syarat tertentu yang membawa kepada pembentukan keluarga dan masyarakat yang  sejahtera. 

Undang-undang keluarga Islam juga menentukan hak dan tanggungjawab yang perlu  dipenuhi oleh setiap pasangan dan anggota keluarga agar institusi keluarga dapat  diteruskan dengan aman dan harmoni. 

Undang-undang keluarga Islam juga bermaksud peraturan-peraturan di mana sesebuah keluarga Islam dibina dengan hubungan sesama ahli keluarga seperti perkahwinan, hak-hak nafkah, hadanah, perceraian dan tuntutan-tuntutan konsekual dan sebagainya. 

Webinar ini akan membincangkan aspek-aspek di bawah Undang-undang keluarga Islam berikut:

  1. bidang kuasa undang-undang keluarga Islam dalam Perlembagaan;
  2. hak-hak sebelum berkahwin;
  3. rukun-rukun nikah;
  4. hak suami isteri semasa dalam perkahwinan;
  5. obligasi suami isteri, bentuk-bentuk perceraian;
  6. isu selepas perceraian seperti rujuk dan iddah, dan
  7. tuntutan-tuntutan selepas perceraian.

 

Speaker

Hj Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie. Beliau ialah rakan kongsi di Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-undang daripada UIAM pada tahun 1991.

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”).  Beliau turut member ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan merupakan mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”). Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

Setakat ini, beliau telah menulis dan menerbitkan dua belas (12) buah buku untuk rujukan peguam, pelajar Syariah dan orang awam. Judul-judul yang diterbitkan ialah:

  • Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
  • Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
  • Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
  • Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
  • Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
  • Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
  • Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
  • Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
  • Urus Pusaka Dari Perspektif Syariah & Undang-undang di Malaysia (2022);
  • Wakalah: Kepentingan Wakalah dalam Guaman Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia (2022);
  • Talaq Tiga: Putus atau Terus? (2022); dan
  • Hutang dalam Perkahwinan: Mudah ke Menuntutnya di Mahkamah Syariah? (2023).

 

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required