Event

Event

 

CPD Fest | Islamic Estate Management (Pengurusan Pusaka Islam) – All Sessions

30 Oct (Mon) - 8 Nov 2023 (Wed) / 10 day / 2:30pm - 4:00pm /
Zoom

30 Okt 2023 – Sesi 1: Prosedur yang Perlu Dipatuhi oleh Pewasiat Serta Kedudukan Undang-undang di Malaysia
31 Okt 2023 – Sesi 2: Memanfaatkan Wakaf dalam Pengurusan Harta
1 Nov 2023 – Sesi 3: Surat Pentadbiran dan Probet dalam Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam
6 Nov 2023 – Sesi 4: Harta Sepencarian dan Hak Wanita
7 Nov 2023 – Sesi 5: Aplikasi Hibah dan Hibah Amanah dalam Konteks Kewangan Islam
8 Nov 2023 – Sesi 6: Kepentingan Sijil Faraid dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam

Member (SLS & AAS): RM 100
Member: RM 100
Law Student: RM 50
Pupil in Chambers: RM 50
Organisers: Bar Council

CPD Points:
Event Code:

Description

30 Okt 2023 – Sesi 1: Prosedur yang Perlu Dipatuhi oleh Pewasiat Serta Kedudukan Undang-undang di Malaysia
31 Okt 2023 – Sesi 2: Memanfaatkan Wakaf dalam Pengurusan Harta
1 Nov 2023 – Sesi 3: Surat Pentadbiran dan Probet dalam Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam
6 Nov 2023 – Sesi 4: Harta Sepencarian dan Hak Wanita
7 Nov 2023 – Sesi 5: Aplikasi Hibah dan Hibah Amanah dalam Konteks Kewangan Islam
8 Nov 2023 – Sesi 6: Kepentingan Sijil Faraid dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam

Speaker

Nor Zabetha bt Muhamad Nor berkelulusan LLB (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 2008 dan kemudiannya diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2009. Beliau kini beramal di Nor Zabetha Chinna & Co.

Nor Zabetha memupuk minatnya dalam mendidik orang ramai tentang undang-undang dan isu-isu berkaitan sejak
tahun 2016 dengan menulis artikel-artikel berkaitan isu semasa dan perundangan.

Beliau telah dijemput untuk memberi pandangan dan berceramah mengenai hal undang-undang di institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan kerajaan dan juga pelbagai saluran media seperti Bernama, Astro Awani, New Straits Times, The Malay Mail, The Sun Daily, Malaysiakini, Harian Metro, dan Sinar Harian.

Nor Zabetha memberi nasihat undang-undang dan berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang topik-topik seperti kesalahan kecil, penderaan dan keganasan rumah tangga, fitnah, gangguan seksual, hak kanak-kanak dan sebagainya dengan tumpuan yang sewajarnya terhadap isu-isu semasa. Ini membolehkan masyarakat mendapat manfaat dan memahami apa itu undang-undang dan bagaimana undang-undang berfungsi untuk melindungi mereka.

Nor Zabetha turut aktif dalam mendidik dan menggalakkan penyertaan golongan muda dalam arena undang-undang.
Beliau berhasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan menegakkan integriti pentadbiran undang-undang di Malaysia.

 

Sharifah Shafika Alsagoff ialah rakan kongsi kumpulan amalan perbankan dan kewangan di Skrine dengan lebih
daripada 25 tahun pengalaman dalam kewangan Islam dan pasaran modal.

Fokus beliau termasuk pelbagai isu seperti kewangan Islam peruncitan dan korporat, bon projek, penstrukturan semula hartanah dan isu kawal selia. Kliennya termasuklah agensi kerajaan dan entiti lain berkaitan kerajaan, institusi kewangan antarabangsa dan penyedia perkhidmatan korporat.

Beliau juga menasihati klien di peringkat antarabangsa mengenai pelbagai pasaran modal dan struktur pelaburan Islam.

 

Fahri Azzat beramal sebagai peguam sejak tahun 1999 dan ialah peguam Syarie sejak tahun 2015. Beliau kerap
menasihati dan menyediakan dokumen-dokumen bagi perancangan harta pusaka orang Islam dan orang bukan orang Islam. Beliau juga mengendalikan kes-kes berkenaan harta pusaka dan perlantikan pentadbir atau wasi di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Beliau sekarang Pengurus Pekongsi Tetuan Fahri, Azzat & Co.

 

Hj Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie. Beliau ialah rakan kongsi di Zamani Mohammad &
Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-undang daripada UIAM pada tahun 1991.

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”). Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan merupakan mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”). Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

Setakat ini, beliau telah menulis dan menerbitkan dua belas (12) buah buku untuk rujukan peguam, pelajar Syariah dan orang awam. Judul-judul yang diterbitkan ialah:
1. Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
2. Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
3. Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
4. Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
5. Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
6. Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
7. Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
8. Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
9. Urus Pusaka Dari Perspektif Syariah & Undang-undang di Malaysia (2022);
10. Wakalah: Kepentingan Wakalah dalam Guaman Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia (2022);
11. Talaq Tiga: Putus atau Terus? (2022); dan
12. Hutang dalam Perkahwinan: Mudah ke Menuntutnya di Mahkamah Syariah? (2023).

 

Dr Syed Adam Alhabshi adalah seorang rakan kongsi yang mengetuai “Islamic finance practice group” di Raja, Darryl & Loh. Berkelulusan PhD dalam Kewangan Islam daripada International Centre for Islamic Finance Education (“INCEIF”) (2016), beliau juga mendapat kelulusan Chartered Islamic Finance Professional (“CIFP”) daripada INCEIF pada tahun 2011, dan telah mempelajari undang-undang di UIAM (2006).

Beliau merupakan Chartered Professional in Islamic Finance (“CPIF”). Dr Syed Adam juga merupakan Juruaudit Dalaman dan Ahli Bersekutu Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (“ASAS”). Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat dan Grand Council Member dalam Chartered Institute of Islamic Finance (“CIIF”) (2015-2023).

Beliau kini menganggotai Jawatankuasa Kewangan Islam Majlis Peguam Malaysia sebagai Pengerusi Bersama.

 

Murshidah Mustafa ialah Bendahari Badan Peguam Malaysia untuk penggal 2021/2022, 2022/2023 dan 2023/2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah ke Majlis Peguam bagi penggal 2018/2019
dan 2019/2020.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, dan sebagai Timbalan Pengerusi Bersama (2019 hingga 2020) dan Timbalan Pengerusi (2018 hingga 2019) bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Mediasi Majlis Peguam (2019 hingga 2020), Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Penjagaan dan Kebajikan Pengamal Undang-Undang Majlis Peguam (2019 hingga 2020), dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Firma Kecil Majlis Peguam (2019 hingga 2020).

Murshidah berpengalaman mengendalikan seminar dan webinar berkaitan probet, hibah, wasiat, faraid dan isu-isu lain yang melibatkan pengurusan harta pusaka orang Islam.

 

Mohamad Redzuan b Idrus telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang pada tahun 2002. Beliau ialah rakan kongsi di Fariz Halim & Co. dan berpengalaman dalam bidang amalan percaraan (conveyancing) dan litigasi umum dan Pusaka. Pada tahun 2020, Redzuan telah ditauliahkan sebagai seorang mediator.

Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia pada tahun 2015 dan telah
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dari tahun 2015 hingga 2020.

Redzuan kerap dijemput oleh agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan seminar berkaitan hartanah, korporat dan pengurusan harta pusaka. Ini termasuklah Perkeso, CIMB Islamic Bank, PlanMalaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, LPPKN, JKP Sdn Bhd, Penang Development Corporation, Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara dan banyak lagi.

Pada tahun 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Percaraan di Jawatankuasa Peguam Pulau
Pinang bagi sesi 2022/23 dan telah mengarahkan Penang Inaugural Conveyancing Conference 2022, satu persidangan fizikal pasca pandemik COVID-19.

Beliau memegang jawatan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kewangan Islam di Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang untuk sesi 2023/24.

Dari segi penulisan dan pemajuan modul, beliau telah memajukan pelbagai modul professional untuk pengamal perundangan termasuklah "Professional Hibah Drafter" bersama Mawardi Che Man dan beberapa lagi pengamal perundangan lain. Buku tulisan beliau bertajuk “Analisis Hibah Semasa: Mutlak, Amanah, Cagar Dan Syarat” telah ditulis bersama dua orang penulis dan diterbitkan pada tahun 2020.

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required