Event

Event

 

CPD Fest | Sesi 6 – Kepentingan Sijil Faraid dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam

8 Nov 2023 - Wed / 1 day / 2:30pm - 4:00pm / Zoom

Webinar ini akan membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan harta orang Islam yang seringkali dilupakan atau diperlakukan secara tidak betul oleh peguam.

Peserta webinar ini akan mempelajari bagaimana untuk mengelakkan kesilapan dalam pengurusan harta orang Islam, termasuklah perkara-perkara seperti hibah, wasiat, pentadbiran harta pusaka dan lain-lain.

Member (SLS & AAS): RM 20
Member: RM 20
Law Student: RM 10
Pupil in Chambers: RM 10
Non-Member: RM 60
Organisers: Bar Council

CPD Points: 1
Event Code:
T5/08112023/BC/BC233249/1

Description

Webinar ini akan membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan harta orang Islam yang seringkali dilupakan atau diperlakukan secara tidak betul oleh peguam.

Peserta webinar ini akan mempelajari bagaimana untuk mengelakkan kesilapan dalam pengurusan harta orang Islam, termasuklah perkara-perkara seperti hibah, wasiat, pentadbiran harta pusaka dan lain-lain.

Speaker

Murshidah Mustafa ialah Bendahari Badan Peguam Malaysia untuk penggal 2021/2022, 2022/2023 dan 2023/2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah ke Majlis Peguam bagi penggal 2018/2019
dan 2019/2020.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, dan sebagai Timbalan Pengerusi Bersama (2019 hingga 2020) dan Timbalan Pengerusi (2018 hingga 2019) bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Mediasi Majlis Peguam (2019 hingga 2020), Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Penjagaan dan Kebajikan Pengamal Undang-Undang Majlis Peguam (2019 hingga 2020), dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Firma Kecil Majlis Peguam (2019 hingga 2020).

Murshidah berpengalaman mengendalikan seminar dan webinar berkaitan probet, hibah, wasiat, faraid dan isu-isu lain yang melibatkan pengurusan harta pusaka orang Islam.

 

Mohamad Redzuan b Idrus telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang pada tahun 2002. Beliau ialah rakan kongsi di Fariz Halim & Co. dan berpengalaman dalam bidang amalan percaraan (conveyancing) dan litigasi umum dan Pusaka. Pada tahun 2020, Redzuan telah ditauliahkan sebagai seorang mediator.

Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia pada tahun 2015 dan telah
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dari tahun 2015 hingga 2020.

Redzuan kerap dijemput oleh agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan seminar berkaitan hartanah, korporat dan pengurusan harta pusaka. Ini termasuklah Perkeso, CIMB Islamic Bank, PlanMalaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, LPPKN, JKP Sdn Bhd, Penang Development Corporation, Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara dan banyak lagi.

Pada tahun 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Percaraan di Jawatankuasa Peguam Pulau
Pinang bagi sesi 2022/23 dan telah mengarahkan Penang Inaugural Conveyancing Conference 2022, satu persidangan fizikal pasca pandemik COVID-19.

Beliau memegang jawatan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kewangan Islam di Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang untuk sesi 2023/24.

Dari segi penulisan dan pemajuan modul, beliau telah memajukan pelbagai modul professional untuk pengamal perundangan termasuklah "Professional Hibah Drafter" bersama Mawardi Che Man dan beberapa lagi pengamal perundangan lain. Buku tulisan beliau bertajuk “Analisis Hibah Semasa: Mutlak, Amanah, Cagar Dan Syarat” telah ditulis bersama dua orang penulis dan diterbitkan pada tahun 2020.

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
No refunds for this course. However substitution is allowed.
The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
No recording of the event is permitted via any means at any time.
No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required