Event

Event

 

CPD Perintis | Cabaran dan Isu Kritikal Berkaitan Perundangan: Hibah dan Wasiat dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam

29 Oct 2024 - Tue / 1 day / 9:00am - 4:00pm / Raja Aziz Addruse Auditorium 2nd Floor, No 2 Wisma Badan Peguam Malaysia Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur

Seminar ini akan membincangkan cabaran-cabaran utama yang dihadapi dalam pengurusan harta pusaka Islam, terutamanya berkaitan dengan hibah dan wasiat. Fokus utama adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, isu pelaksanaan yang berterusan, serta pemahaman yang samar mengenai prinsip-prinsip hibah dan wasiat.

Penceramah-penceramah akan membincangkan contoh kes benar, memberi panduan praktikal, dan mengupas penyelesaian undang-undang untuk membantu peserta memahami cara yang betul dalam menguruskan harta pusaka menurut undang-undang Islam dan sivil di Malaysia.

Member (SLS & AAS): RM 180
Member: RM 180
Law Student: RM 90
Pupil in Chambers: RM 90
Non-Member: RM 360
Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 5
Event Code:
T3/29102024/BC/BC241274/5

Register Now
Clear

Description

Seminar ini akan membincangkan cabaran-cabaran utama yang dihadapi dalam pengurusan harta pusaka Islam, terutamanya berkaitan dengan hibah dan wasiat. Fokus utama adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, isu pelaksanaan yang berterusan, serta pemahaman yang samar mengenai prinsip-prinsip hibah dan wasiat.

Penceramah-penceramah akan membincangkan contoh kes benar, memberi panduan praktikal, dan mengupas penyelesaian undang-undang untuk membantu peserta memahami cara yang betul dalam menguruskan harta pusaka menurut undang-undang Islam dan sivil di Malaysia.

 

Poin Pembelajaran Utama:

  • Kekeliruan Bidang Kuasa — fahami perbezaan dan persamaan antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam konteks pengurusan harta pusaka Islam;
  • Kecelaruan Pelaksanaan — perjelaskan prosedur yang betul untuk melaksanakan hibah dan wasiat dengan sah dan efisien;
  • Kesamaran Kefahaman — dapatkan pemahaman yang jelas mengenai konsep hibah dan wasiat serta cara-cara ianya dapat digunakan dengan betul dalam pengurusan harta pusaka;
  • Penyelesaian Pertikaian — belajar pendekatan undang-undang untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul akibat salah faham tentang hibah dan wasiat; dan
  • Strategi Pengurusan Harta Pusaka — rangka strategi yang efektif untuk mengelakkan kekeliruan dan pertikaian dalam pembahagian harta pusaka.

 

Hasil Pembelajaran:

  • Peserta akan dapat mengenal pasti bidang kuasa yang sesuai untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan hibah dan wasiat;
  • Peserta akan lebih jelas mengenai proses pelaksanaan hibah dan wasiat serta implikasi undang-undangnya;
  • Peserta akan memahami isu-isu praktikal dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka Islam;
  • Peserta akan dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mengelakkan pertikaian harta pusaka melalui perancangan yang lebih baik; dan
  • Peserta akan dilengkapi dengan pengetahuan dan strategi untuk meminimakan risiko konflik dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka.

Speaker

Murshidah Mustafa ialah Setiausaha Majlis Peguam Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Majlis Peguam Malaysia untuk penggal 2021/2022, 2022/2023, dan 2023/2024. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wakil Jawatankuasa Peguam Kedah ke Majlis Peguam untuk penggal 2018/2019 dan 2019/2020.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Bersama Bar Council Professional Standards and Development Committee (tahun 2021 hingga 2022) dan Timbalan Pengerusi Bersama Bar Council Professional Standards and Development Committee (tahun 2019 hingga 2020 dan tahun 2018 hingga 2019), Timbalan Pengerusi Bar Council Mediation Committee (tahun 2019 hingga 2020), Timbalan Pengerusi Bar Council LawCare and Welfare Committee (tahun 2019 hingga 2020), dan Timbalan Pengerusi Bar Council Small Firms Committee (tahun 2019 hingga 2020).

Murshidah berpengalaman dalam menganjurkan seminar dan webinar yang berkaitan dengan probet, grant, wasiat, faraid, dan isu berkaitan pengurusan harta orang Islam.

 

Mohamad Redzuan b Idrus telah diterima sebagai peguam dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang pada tahun 2002. Beliau adalah rakan kongsi di Azmi & Associates, yang memfokuskan pada pemindahan hak milik, litigasi am, urusan korporat, dan urusan harta pusaka. Pada tahun 2020, beliau telah menjadi mediator yang diperakui melalui Pusat Mediasi Malaysia. Beliau juga telah mengasaskan HARTAGUAM pada tahun 2015 dan berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi sehingga tahun 2020.

Redzuan sering dijemput untuk menganjurkan seminar untuk agensi kerajaan dan organisasi swasta, dengan pelanggan termasuk CIMB Islamic Bank dan Penang Development Corporation. Beliau telah mempengerusikan Conveyancing Practice Subcommittee di Penang Bar Committee untuk penggal 2022/23 dan mengarahkan Persidangan Pemindahan Hak Milik Inaugural Pulau Pinang 2022. Untuk penggal 2024/2025, beliau adalah Pengerusi Islamic Finance and Transaction Committee di Penang Bar Committee. Beliau juga telah menjadi Pengarah Projek untuk Islamic Finance Conveyancing Conference and the Conference on Reform of Islamic Inheritance Administration Laws.

Redzuan telah menyumbang kepada pendidikan undang-undang dengan membangunkan modul undang-undang profesional dan menjadi penulis bersama buku “Analisis Hibah Semasa: Mutlak, Amanah, Cagar dan Syarat” semasa pandemik COVID-19.

 

Marlina Amir Hamzah ialah peguam Syarie kanan dan mediator di Tetuan Hisham Sobri & Kadir. Beliau mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie dari pelbagai negeri di Malaysia termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu. Beliau juga seorang mediator, jurulatih dan penilai mediator yang bertauliah lulusan Kursus Mediasi Asas dan Lanjutan di Australia, New Zealand dan San Francisco, Amerika Syarikat, bersama firma The Accord Group Australia.

Marlina berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes Syariah dan aktif dalam memberi khidmat nasihat serta bertindak sebagai peguam Syarie dan mediator dalam pelbagai kes serta mendapat laporan dalam jurnal undang-undang sejak tahun 1999. Di samping itu, beliau juga aktif menulis pelbagai artikel mengenai isu-isu dan kes-kes Syariah di Malaysia.

Marlina telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja dan menjadi penceramah serta panel jemputan di seminar-seminar, rancangan bual bicara di Bernama Radio, TV Al-Hijrah, TV3 dan Astro Oasis untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa undang-undang, isu Syariah dan pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk celik undang-undang dalam rancangan seperti Khidmat Syariah, Suara Wanita, Jalan Amanah, Maqasid Syariah dan Fiqh Wanita.

Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai organisasi dalam bidang Syariah terutamanya Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (”PPMM”), Persatuan Kami Prihatin Malaysia dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia serta pernah menjadi Naib Presiden PPMM.

Marlina merupakan Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau juga merupakan Ketua Kluster Undang-Undang Majlis Wanita Islam Yadim dari tahun 2020 hingga 2022.

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • There will be no refunds for cancellations made fewer than seven working days before the session but substitutions are allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required