Event

Event

 

CPD Perintis | Harta Pusaka vs Harta Sepencarian

28 May 2024 - Tue / 1 day / 2:00pm - 5:00pm / Raja Aziz Addruse Auditorium, 2nd Floor, 2 Wisma Badan Peguam Malaysia, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur

Seminar ini akan mendalami perbezaan antara harta pusaka dan harta sepencarian, meliputi definisi, hak dan pembahagian, bidang kuasa mahkamah, nas-nas berkaitan, pihak yang berhak menuntutnya dan bila tuntutan perlu dibuat.

Seminar ini akan turut membincangkan persediaan untuk menuntut harta pusaka, di samping mengupas tuntutan harta sepencarian, hibah dan wasiat terhadap harta pusaka sebelum penyelesaian pembahagian pusaka dimuktamadkan.

Oleh itu, perlu difahami bahawa pembahagian harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan akan menimbulkan masalah dan kecelaruan dalam status pemilikan dan konflik antara ahli-ahli keluarga. Isu perancangan harta amat perlu dan mustahak untuk difahami dalam institusi kekeluargaan. Semoga perbincangan dalam seminar ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua pihak.

Member: RM 90
Member (SLS & AAS): RM 90
Law Student: RM 50
Pupil in Chambers: RM 50
Non-Member: RM 180
Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 3
Event Code:
T3/28052024/BC/BC244231/3

Register Now
Clear

Description

Seminar ini akan mendalami perbezaan antara harta pusaka dan harta sepencarian, meliputi definisi, hak dan pembahagian, bidang kuasa mahkamah, nas-nas berkaitan, pihak yang berhak menuntutnya dan bila tuntutan perlu dibuat.

Seminar ini akan turut membincangkan persediaan untuk menuntut harta pusaka, di samping mengupas tuntutan harta sepencarian, hibah dan wasiat terhadap harta pusaka sebelum penyelesaian pembahagian pusaka dimuktamadkan.

Oleh itu, perlu difahami bahawa pembahagian harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan akan menimbulkan masalah dan kecelaruan dalam status pemilikan dan konflik antara ahli-ahli keluarga. Isu perancangan harta amat perlu dan mustahak untuk difahami dalam institusi kekeluargaan. Semoga perbincangan dalam seminar ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua pihak.

Speaker

Hj Mukhtar b Abdullah ialah peguam Sivil dan Syarie dan merupakan rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., serta mempunyai kelulusan Ijazah Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.

Beliau sering dijemput sebagai penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (“CPD”). Di samping itu, beliau turut diundang memberikan ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Tambahan pula, beliau mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam bidang undang-undang Sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”). Kini, beliau berperanan sebagai penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam.

Setakat ini beliau telah menulis tiga belas (13) buah buku untuk rujukan para peguam, pelajar jurusan Syariah dan juga untuk orang awam. Judul buku-buku yang diterbitkan antaranya ialah:

  • Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
  • Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
  • Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
  • Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
  • Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
  • Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
  • Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
  • Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
  • Urus Pusaka Dari Perspektif Syariah & Undang-undang di Malaysia (2022);
  • Wakalah: Kepentingan Wakalah dalam Guaman Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia (2022);
  • Talaq Tiga: Putus atau Terus? (2022);
  • Hutang dalam Perkahwinan: Mudah ke Menuntutnya di Mahkamah Syariah..? (2023);
  • Hibah...Usah Hiba (2024).

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required