Event

Event

 

CPD Perintis | Kebebasan Bersuara atau Fitnah? Cabaran Litigasi dalam Era Media Sosial

23 Sep 2026 - Wed / 1 day / 3:00pm - 4:30pm / Online via Zoom

Perkembangan media sosial telah mewujudkan cabaran baharu dalam mengimbangi hak kebebasan bersuara dengan hak individu untuk melindungi reputasi mereka. Webinar ini akan membincangkan perkembangan undang-undang fitnah dalam era digital, isu-isu berkaitan hantaran viral, komen, perkongsian semula (sharing / reposting), penggunaan “meme” dan sindiran, serta strategi litigasi yang boleh diambil oleh pihak yang menuntut mahupun pihak yang dipertahankan.

Member: RM 30
Law Student: RM 15
Pupil in Chambers: RM 15
Non-Member: RM 90
Organisers: Malaysian Bar

CPD: Perintis
CPD Points: 1.5
Event Code:
T5/23092026/BC/BC261124/1.5

Register Now
Clear

Description

Perkembangan media sosial telah mewujudkan cabaran baharu dalam mengimbangi hak kebebasan bersuara dengan hak individu untuk melindungi reputasi mereka. Webinar ini akan membincangkan perkembangan undang-undang fitnah dalam era digital, isu-isu berkaitan hantaran viral, komen, perkongsian semula (sharing / reposting), penggunaan “meme” dan sindiran, serta strategi litigasi yang boleh diambil oleh pihak yang menuntut mahupun pihak yang dipertahankan.

Speaker

Nor Zabetha bt Muhamad Nor ialah seorang peguam litigasi sivil dan rakan kongsi di Nor Zabetha Chinna & Co yang telah beramal dalam bidang guaman selama lebih 17 tahun. Beliau mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai jenis kes sivil serta terlibat dalam isu-isu perundangan yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat.

Beliau memperoleh Ijazah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008. Dengan pengalaman dalam mengendalikan pelbagai isu undang-undang, beliau sering berkongsi pandangan dan pengetahuan melalui pelbagai platform seperti televisyen, radio, akhbar serta program anjuran institusi dan agensi kerajaan. Selain itu, beliau turut terlibat sebagai penceramah dalam program anjuran agensi kerajaan dan universiti awam.

Beliau berpandangan bahawa sebagai seorang peguam dan anggota masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang undang-undang, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran undang-undang dalam kalangan orang awam agar mereka memahami hak-hak mereka di sisi undang-undang serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi kepentingan mereka.

Terms and Conditions

Polisi Acara

Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Pendaftaran untuk sesi ini akan ditutup pada 22 September 2026 (Selasa), pada pukul 12:00 tengah hari.

Bagi acara yang dikenakan yuran pendaftaran, semua pembayaran mesti dibuat terlebih dahulu, termasuk caj bank. Pendaftaran akan disahkan setelah bukti pembayaran dihantar melalui e mel atau faks, dan pembayaran penuh diterima.

Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut. Dalam keadaan ini, semua yuran pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan.

Pembatalan

Pembatalan mesti dibuat secara bertulis.

Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik untuk pembatalan, tetapi penggantian peserta dibenarkan. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan butiran yang relevan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Jika anda gagal memaklumkan penganjur mengenai pembatalan sebanyak tiga kali berturut-turut, anda mungkin akan disenaraihitamkan untuk acara pada masa depan.

Pemindahan

Anda dibenarkan untuk memindahkan tempat anda kepada peserta lain, tetapi anda harus memaklumkan kepada penganjur dengan butiran yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Kehadiran

Mata CPD untuk Skim CPD tidak akan diberikan kepada peguam ataupun pelatih dalam kamar dari Semenanjung Malaysia yang tiba lewat lebih daripada 15 minit, tidak hadir sepanjang acara, atau meninggalkan acara sebelum tamat waktu yang dijadualkan.

Privasi

Maklumat peribadi yang anda berikan kepada Badan Peguam Malaysia, sama ada kini atau di masa hadapan, boleh digunakan, direkod, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi pihak Badan Peguam Malaysia untuk tujuan memudahkan dan menganjurkan acara ini, penyelidikan dan audit, penyelenggaraan pangkalan data peserta untuk promosi acara ini, dan perkhidmatan sampingan yang relevan.

Penafian

  • Semua bahan kursus (jika ada) akan dihantar melalui e-mel sahaja. Tiada nota bercetak akan disediakan.
  • Peserta tidak dibenarkan merakam kursus ini melalui apa-apa cara.
  • Tiada bahagian kursus ini boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Badan Peguam Malaysia dan penceramah.

Talk2Us

    captcha [honeypot your-private-no]

    * all the fields are required