Event

Event

 

CPD Perintis Live | Fahami Hak-hak Isteri Setelah Terlafaznya Talak

14 Jul 2022 - Thu / 1 day / 3:00pm - 4:30pm / Zoom

Pengetahuan tentang hak-hak wanita daripada segi hukum syarak dan undang-undang negara perlu difahami oleh masyarakat, khususnya para suami dan isteri yang tidak tentu tidak pasti mengharungi dugaan ini suatu hari nanti. Perkongsian kali ini berfokuskan hak-hak yang mesti dituntut oleh wanita dan bagaimana prosedurnya di Mahkamah Syariah. Sama-samalah kita sertai perkongsian yang akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam isu-isu kekeluargaan Islam.

Member: RM 20
Law Student: RM 10
Pupil in Chambers: RM 10
Non-Member: RM 60
Organisers: Bar Council

CPD Points: 1
Event Code:
T5/07072022/BC/BC2210171

Description

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu pelengkap kehidupan bagi penganutnya. Allah SWT telah menjadikan setiap anak Adam pasangan jodoh yang sesuai bagi mereka sebagai tanda kasihNya kepada umat manusia sekalian, dan Dia telah menjanjikan pelbagai ganjaran serta nikmat kemanisan dalam perhubungan halal berkenaan. Namun demikian, yang putih pasti ada hitamnya. Begitu juga dengan perkahwinan di mana lawannya ialah perceraian. Perceraian merupakan satu penguraian ikatan perkahwinan yang diakibatkan daripada pelbagai perkara yang merosakkan keharmonian hubungan
rumah tangga sehingga pasangan suami isteri membawa haluan sendiri walaupun sebelumnya mereka berkongsi kasih.

Usah terpedaya dengan momokan dalam masyarakat yang menidakkan hak para wanita sehingga ramai dalam kalangan mereka yang tertindas. Hukum syarak dan undang-undang Syariah di Malaysia telah menjamin hak mereka yang boleh dan patut dituntut melalui saluran yang sewajarnya, iaitu di Mahkamah Syariah. Ini kerana, setiap perceraian yang berlaku membawa implikasi yang berbeza terhadap hak-hak wanita di mana penentuannya perlu dilakukan di Mahkamah Syariah. Terdapat tujuh perkara yang para wanita selepas bercerai berhak menuntut di Mahkamah Syariah — tuntutan nafkah iddah; tuntutan mut’ah; hak jagaan anak (hadhanah); tuntutan harta sepencarian; tuntutan tunggakan nafkah isteri; tuntutan nafkah anak; dan tuntutan hutang mas kahwin atau tuntutan hutang dalam perkahwinan.

Perlu difahami bahawa wanita yang diceraikan akan kehilangan sumber kebergantungan, baik daripada segi kewangan atau keselamatan. Misalan bagi talaq raji’e dan seumpamanya, begitu ramai daripada kalangan suami yang kurang pengetahuan menghalau isteri yang telah diceraikan sejurus selepas dilafazkan talak sedangkan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah iddah kerana wanita tersebut masih lagi dikira sebagai miliknya bagi talaq raji’e. Daripada segi kewangan, tuntutan- tuntutan mut’ah, nafkah, hutang dan harta sepencarian mampu memberi jaminan kepada wanita yang diceraikan untuk memulakan kehidupan baharu, baik secara bersendiri atau bersama anak-anak. Ini secara tidak langsung membantu mereka bangkit semula daripada kesedihan setelah diceraikan.

Justeru, pengetahuan tentang hak-hak wanita daripada segi hukum syarak dan undang-undang negara perlu difahami oleh masyarakat, khususnya para suami dan isteri yang tidak tentu tidak pasti mengharungi dugaan ini suatu hari nanti. Perkongsian kali ini berfokuskan hak-hak yang mesti dituntut oleh wanita dan bagaimana prosedurnya di Mahkamah Syariah. Sama-samalah kita sertai perkongsian yang akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam isu-isu kekeluargaan Islam.

Speaker

Haji Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie.  Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.

 

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”).  Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

 

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”).  Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

 

Setakat ini, beliau telah menulis dan menerbitkan 10 buah buku untuk rujukan peguam, pelajar Syariah dan orang awam, iaitu:

 

    1. Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
    2. Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
    3. Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
    4. Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
    5. Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
    6. Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
    7. Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020); 
    8. Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
    9. Urus Pusaka Dari Perspektif Syariah & Undang-Undang Di Malaysia (2022); dan 
    10. Wakalah: Kepentingan Wakalah Dalam Guaman Syarie Di Mahkamah Syariah Di Malaysia (2022).

 

 

 

 

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required