Event

Event

 

CPD Perintis Live | Harta Pusaka Bukan Untuk Direbut

6 Jan 2022 - Thu / 1 day / 3:00pm - 5:00pm / Zoom Webinar
Webinar ini cukup menarik dan wajib diambil tahu oleh setiap orang agar harta pusaka yang ditinggalkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, dan untuk mengelakkan perebutan yang tidak wajar.  Marilah sama-sama kita sertai webinar ini yang akan disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman.
Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 2
Event Code:
T5/06012022/BC/BC224011/2

Description

Setiap manusia yang bernyawa pasti akan merasai kematian.  Segala harta yang dikumpulkan sepanjang hayat akan ditinggalkan kepada pewaris yang masih hidup.  Namun demikian, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang celik akan pengurusan harta peninggalan si mati, sehingga menyebabkan timbulnya isu-isu yang tidak dingini seperti perbalahan dalam kalangan ahli keluarga, isu harta beku, tunggakan hutang dan sebagainya.

Dalam Islam telah wujud kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan ilmu faraid untuk dirujuk ketika membuat pembahagian mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan dalam al-Quran.  Setiap waris mempunyai bahagian masing-masing, maka tidak perlulah kita tamak dan berebut harta tersebut tanpa memikirkan nasib mereka yang paling dekat dengan si mati; misalnya suami meninggalkan anak isteri yang kemudiannya perlu melangsungkan kehidupan tanpa tempat bergantung.

Setiap orang perlu tahu akan tertib dan langkah-langkah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan.  Ketepikan kepentingan peribadi dan capai muafakat antara waris untuk melaksanakan tanggungjawab utama seperti pengurusan jenazah, melangsaikan hutang-hutang si mati, amanah, wasiat dan sebagainya.

Usah anggap harta pusaka yang ditinggalkan itu milik kita seorang.  Berlapang dada dengan bahagian yang diterima setelah diputuskan dan yang paling penting adalah belajar pengetahuan berkenaan pengurusan harta sewaktu hidup dan bagaimana pula bidang tersebut perlu dilakukan setelah kematian.

Webinar ini cukup menarik dan wajib diambil tahu oleh setiap orang agar harta pusaka yang ditinggalkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, dan untuk mengelakkan perebutan yang tidak wajar.  Marilah sama-sama kita sertai webinar ini yang akan disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman.

 

Speaker

Haji Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie.  Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (“CPD”)).  Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”).  Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

Setakat ini beliau telah menulis dan menerbitkan lapan buah buku untuk rujukan peguam, pelajar Syariah dan orang awam, iaitu:

  1. Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
  2. Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
  3. Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
  4. Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
  5. Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
  6. Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
  7. Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020); dan
  8. Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021).

 

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required