Event

Event

 

CPD Perintis Live | Hibah Harta Bercagar dan Penarikan Balik Hibah

24 Nov 2021 - Wed / 1 day / 3:00pm - 5:00pm / Zoom
Persoalannya, selagi ada pinjaman yang belum dilunaskan dan menjadi hak serta kepentingan pembiaya pinjaman, bolehkah si peminjam tersebut memberikan harta yang sedang dicagar kepada pihak lain? Pelbagai polemik dan perbincangan timbul seperti, bolehkah peminjam membuat hibah (pemberian) harta yang berada dalam cagaran kepada orang tersayang?  Dalam situasi lain, bolehkah seseorang membatal atau menarik balik hibah atau pemberian harta yang diberikan olehnya suatu ketika dahulu? Persoalan yang sangat menarik ini wajar untuk diambil tahu dan akan diulas oleh penceramah kita untuk sesi ini.
Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 2
Event Code:
T5/24112021/BC/BC213318/2

Description

Perlu diketahui bahawa bagi suatu pinjaman perumahan yang bertempoh antara 10 hingga 25 tahun, pembeli diwajibkan mencagarkan tanah atau premis tersebut kepada pihak pembiaya pinjaman seperti bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (“LPPSA”).

Semasa tempoh pembayaran balik pinjaman tersebut, ada pihak yang boleh melangsaikan pinjaman, tetapi ada juga yang gagal membayar atau berlakunya kematian peminjam yang boleh memberi kesan kepada perjalanan pinjaman perumahan tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa apabila kita mencagarkan tanah atau premis yang dibeli melalui pembiayaan atau pinjaman, harta cagaran tersebut menjadi hak kepentingan bank atau LPPSA, dan dalam situasi sedemikian, peminjam tidak boleh melupus atau memindah milik kepada pihak lain selagi pinjaman perumahan tersebut tidak dilunaskan.  Malah, dari sesetengah sudut pandangan, pihak pembiaya pinjaman boleh melelong atau menjual hartanah kepada pihak lain apabila pinjaman tersebut gagal dilunaskan sepenuhnya.

Ada pula pandangan bahawa pihak pembiaya tidak boleh melupuskan dengan mudah untuk recovery loan yang ada kerana terdapat insuran perumahan yang akan membayar balik pinjaman apabila berlakunya kematian si peminjam.

Persoalannya, selagi ada pinjaman yang belum dilunaskan dan menjadi hak serta kepentingan pembiaya pinjaman, bolehkah si peminjam tersebut memberikan harta yang sedang dicagar kepada pihak lain?

Pelbagai polemik dan perbincangan timbul seperti, bolehkah peminjam membuat hibah (pemberian) harta yang berada dalam cagaran kepada orang tersayang?  Dalam situasi lain, bolehkah seseorang membatal atau menarik balik hibah atau pemberian harta yang diberikan olehnya suatu ketika dahulu?

Persoalan yang sangat menarik ini wajar untuk diambil tahu dan akan diulas oleh penceramah kita untuk sesi ini.

Speaker

Haji Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie.  Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (“CPD”)).  Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”).  Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

Setakat ini beliau telah menulis dan menerbitkan lapan buah buku untuk rujukan peguam, pelajar Syariah dan orang awam, iaitu:

  1. Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
  2. Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
  3. Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
  4. Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
  5. Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
  6. Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
  7. Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020); dan
  8. Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021).

 

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required