Description
Webinar ini akan membariskan penceramah-penceramah terkenal iaitu Hajah Nazliyah Mansor, Hajah Murshidah Mustafa dan Mohamad Redzuan b Idrus. Webinar ini akan membahas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan harta orang Islam yang seringkali dilupakan atau dilakukan dengan tidak betul oleh peguam.
Para peserta webinar ini akan mempelajari bagaimana untuk mengelakkan kesilapan dalam pengurusan harta orang Islam, termasuklah perkara-perkara seperti hibah, wasiat, pentadbiran harta pusaka dan lain-lain. Para penceramah yang berpengalaman akan memberikan pandangan mereka dan berkongsi pengetahuan yang berguna dengan peserta.
Webinar ini adalah peluang yang baik untuk belajar dari pakar dalam bidang undang-undang Islam. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam pengurusan harta orang Islam. Daftar sekarang dan jangan terlepas peluang untuk hadir ke webinar yang sangat bermanfaat ini!
Speaker
Nazliyah Mansor merupakan rakan kongsi firma Zamri, Zaini & Nazliyah di Alor Setar. Beliau adalah graduan sulung Fakulti Undang-undang UKM pada tahun 1990. Kerjaya beliau bermula 1991 setelah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau pernah menjadi pegawai undang-undang dan setiausaha Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah ("PKNK") selama 7 tahun. Beliau juga seorang peguam Syarie dan mediator bertauliah dari The Accord Group Australia. Beliau beramal dalam bidang litigasi sivil dan syariah terutamanya kes-kes berkaitan hartanah dan kekeluargaan, selain daripada bidang percaraan (conveyancing) dan mediasi. Nazliyah adalah mantan Pengerusi Badan Peguam Kedah selama 2 tahun.
Murshidah Mustafa ialah Bendahari Badan Peguam Malaysia untuk penggal 2021/2022 dan 2022/2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil Badan Peguam Kedah ke Majlis Peguam bagi penggal 2018/2019 dan 2019/2020. Beliau kini adalah Pengerusi Bersama (sejak tahun 2020) bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Bersama (2019 hingga 2020) dan Timbalan Pengerusi (2018 hingga 2019) bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Mediasi Majlis Peguam (2019 hingga 2020), Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Penjagaan dan Kebajikan Pengamal Undang-Undang Majlis Peguam (2019 hingga 2020), dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Firma Kecil Majlis Peguam (2019 hingga 2020).
Mohamad Redzuan b Idrus telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang pada tahun 2002. Beliau ialah rakan kongsi di Fariz Halim & Co. dan berpengalaman dalam bidang amalan percaraan (conveyancing), litigasi umum dan pusaka. Pada tahun 2020, Redzuan telah ditauliahkan sebagai seorang mediator. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden 1 bagi Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (2015 hingga kini). Redzuan kerap dijemput oleh agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan seminar berkaitan hartanah dan pengurusan harta pusaka. Buku tulisan beliau bertajuk “Analisis Hibah Semasa: Mutlak, Amanah, Cagar Dan Syarat” telah ditulis bersama dua orang penulis dan diterbitkan pada tahun 2020.
Terms and Conditions
Event Policy
Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.
For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.
For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.
Cancellation
Cancellations must be made in writing.
If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.
Refunds
Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:
- Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
- No refunds for this course. However substitution is allowed.
The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.
Transferral
You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.
Attendance
CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.
Privacy
The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.
Disclaimer
- Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
- No recording of the event is permitted via any means at any time.
- No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).