Event

Event

 

CPD Perintis Live | Mempertahankan Keistimewaan Profesional Undang-undang Terhadap Rempuhan Pihak Berkuasa Cukai

25 Jun 2021 - Fri / 1 day / 3:30pm - 4:45pm / Zoom Webinar

Webinar ini diadakan untuk memberi penerangan kepada ahli Badan Peguam Malaysia tentang
perkara-perkara berikut:

  • Bagaimanakah cara untuk firma guaman menangani pertanyaan daripada pihak berkuasa cukai?
  • Bolehkah firma guaman memberi maklumat secara bebas kepada pihak berkuasa cukai?
  • Bolehkah pihak berkuasa cukai meminta maklumat daripada firma guaman berkaitan akaun klien?
  • Bolehkah pihak berkuasa cukai meminta maklumat yang berkaitan dengan fail klien, dokumen, transaksi, maklumat pelanggan dan sebagainya?

Terokai fakta, situasi dan contoh praktikal di sesi ini bersama penceramah berpengalaman.

 

Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 1
Event Code:
T5/25062021/BC/BC212187/1

Description

Ringkasan tentang webinar ini boleh didapati dalam Pekeliling Nombor 156/2021 bertajuk “Update | Legal Professional Privilege: Director General of Inland Revenue v Malaysian Bar” bertarikh 6 Mei 2021.

Webinar ini diadakan untuk memberi penerangan kepada ahli Badan Peguam Malaysia tentang
perkara-perkara berikut:

  • Bagaimanakah cara untuk firma guaman menangani pertanyaan daripada pihak berkuasa cukai?
  • Bolehkah firma guaman memberi maklumat secara bebas kepada pihak berkuasa cukai?
  • Bolehkah pihak berkuasa cukai meminta maklumat daripada firma guaman berkaitan akaun klien?
  • Bolehkah pihak berkuasa cukai meminta maklumat yang berkaitan dengan fail klien, dokumen, transaksi, maklumat pelanggan dan sebagainya?

Terokai fakta, situasi dan contoh praktikal di sesi ini bersama penceramah berpengalaman.

Persembahan slaid akan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Satu sesi soal jawab akan
diadakan pada penghujung webinar ini.

Speaker

Penceramah:

Anand Raj diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1996 dan telah menjadi rakan kongsi di Shearn Delamore & Co. sejak tahun 2003. Bidang praktis Anand merangkumi semua aspek pertikaian cukai dan litigasi pemindahan harga serta undang-undang persaingan dan antimonopoli. Anand ialah Ketua Bersama bagi Amalan Antimonopoli di firmanya.

Asia Business Law Journal (2020–2021) telah mengiktiraf Anand sebagai salah seorang daripada Malaysia’s Top 100 Lawyers dalam Undang-Undang Persaingan & Antimonopoli serta Pertikaian Cukai & Kontroversi. Anand juga diakui sebagai 2017 Asia Tax Disputes and Litigation Practice Leader of the Year oleh International Tax Review (“ITR”). Asialaw Leading Lawyers (2020–2021) mengiktiraf Anand sebagai "Elite Practitioner" dalam Persaingan/Antimonopoli dan juga dalam Percukaian. Anand diiktiraf sebagai “Highly Regarded Practitioner” dalam Cukai Tidak Langsung dan Kontroversi Cukai (2019–2021) oleh ITR. Anand diiktiraf oleh Legal 500 Asia-Pacific (2019-2020) sebagai “Leading Individual” dalam bidang cukai. Beliau turut diiktiraf sebagai “Global Leader” (2019– 2020) dalam Persaingan serta Peguam Cukai Korporat oleh Who's Who Legal.

Anand telah terlibat dalam banyak kes melibatkan cukai, termasuk sebagai kounsel untuk Badan Peguam Malaysia, Castrol (Aspac Lubricants), MUI, ExxonMobil, Multi-Purpose Holdings Berhad, Seabanc Kredit, Paramount (M) (1963) Sdn Bhd, Bandar Utama City Corporation, SGS Singapura, Wincor Nixdorf, Petronas Penapisan, AIACL, SUEP Properties Berhad, Shell Refining, United Malacca Berhad, Kompleks Tanjung Malim Sdn Bhd, dan banyak lagi.

Anand ialah Pengerusi “Tax Subcommittee” Majlis Peguam dan mantan Pengerusi International Fiscal Association (“IFA”), cawangan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa IFA Asia Pacific Regional Committee.

Anand juga telah diiktiraf oleh International Who's Who Legal: Competition Lawyers untuk tahun 2013 hingga 2020 dan sebagai Tier 1 leader dalam bidangnya oleh Global Competition Review (“GCR”), Chambers Asia Pacific, Asia Pacific Legal 500, Asialaw Profiles dan direktori lain. Anand secara berkala mewakili dan menasihati syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan, perusahaan tempatan dan asing berkenaan undang-undang persaingan dalam bidang perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan multimedia, farmasi, insurans, logistik, perhotelan, barang pengguna bergerak pantas, pembuatan, automotif dan bidang-bidang lain. Anand juga kerap mengadakan latihan dan bengkel untuk klien dan penganjur acara. Beliau aktif memberikan maklum balas kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan mengenai isu-isu berkenaan dengan undang-undang persaingan di Malaysia.

Anand ialah Pengerusi Bersama Inter-Pacific Bar Association (“IPBA”)’s Competition Law Committee, International Member of the American Bar Association (“ABA”), Inaugural Chair of LAWASIA’s Antitrust and Competition Law Sub-Committee, dan Pengerusi Corporate and Commercial Law Committee Majlis Peguam semasa.

Moderator:

Karen Cheah Yee Lynn aktif dalam bidang perundangan sejak diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1995. Beliau berkelulusan ijazah undang-undang dari University of London (1993) dan memperoleh Sijil Amalan Guaman (“CLP”) pada tahun 1994.

Fokus utama Karen ialah dalam bidang penggabungan dan pemerolehan, pematuhan peraturan, teknologi maklumat, perlindungan data peribadi, pelaburan langsung asing, pembiayaan pesawat, kontrak korporat dan komersial, urus niaga hartanah, perbankan dan kewangan serta bidang cukai yang tidak dipertikaikan. Pengalaman Karen dalam bidang litigasi umum dan isu-isu yang diperdebatkan sepanjang 20 tahun telah menyumbang kepada kebolehannya untuk memberi nasihat dalam bidang undang-undang korporat dan komersial. Karen juga menasihati dalam industri perdagangan elektronik (e-commerce), teknologi maklumat, minyak dan gas (kilang dan petrokimia), perkhidmatan elektronik dan elektrik, pembuatan, keselamatan makanan, perhotelan, pelancongan, farmasi, kosmetik dan peralatan perubatan.

Karen telah menyampaikan "The Malaysian Legal Framework in the E-Commerce Industry" pada tahun 2019 di ASEAN & South Asia Commercial Law Conference yang berlangsung di Taipei, Taiwan, anjuran Taipei Bar Association dan Bahagian Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan.

Karen seseorang yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan mempunyai minat yang mendalam pada isu-isu kepentingan awam. Komitmennya kepada anggota masyarakat, profesion perundangan, serta Badan Peguam Malaysia dicerminkan melalui sumbangan aktif beliau dalam hal-hal berkaitan profesion ini. Beliau ialah mantan Setiausaha dan Bendahari Badan Peguam Malaysia, dan ahli Majlis Peguam semasa.

Terms and Conditions

A Step-By-Step Guide to Join the Webinar

(1) For seamless streaming, download the Zoom app
You will be given a webinar ID and a password to join the webinar once your registration has been confirmed.

(2) Log in to Zoom, and provide your username
For Members of the Bar or pupils-in-chambers, use the format below for identification purposes when prompted:

Full name (as per NRIC) | Bar Council membership number or petition number

For non-members, provide your full name only.

(3) Setup your space
Ensure that you have a strong Internet connection. You may use an earpiece for clarity.

(4) Mute your microphone
When the webinar is ongoing, please mute your microphone on Zoom at all times to ensure there is no interruption from your end.

(5) You may raise questions during the Question-and-Answer session only
Please take note that no speaking is allowed when the webinar is taking place.

If you wish to raise a question, please type in the chat box and the speaker will respond accordingly.

(6) Please, do not do this
Screen recording, sharing the webinar ID and password links, reproducing the content of the webinar on any platform are strictly not allowed.

Any unregistered person may be removed without prior notice, and no CPD point will be awarded. Failure to adhere to this may result in disciplinary action by the Bar Council.

---

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required