Event

Event

 

CPD Perintis Live | Sediakan Payung Sebelum Hujan: Perancangan Harta Kepada Ahli Waris

24 May 2022 - Tue / 1 day / 3:00pm - 4:30pm / Zoom

Tidak rugi sekiranya pengetahuan berkenaan pengurusan harta ini digarap lebih awal agar harta pusaka dapat dimanfaatkan dengan lebih baik. Maka bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan topik ini, sama-samalah kita sertai perkongsian menarik yang akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam isu harta di Mahkamah Syariah.

Member: RM 20
Law Student: RM 10
Pupil in Chambers: RM 10
Non-Member: RM 60
Organisers: Bar Council

CPD: Perintis
CPD Points: 1
Event Code:
T5/24052022/BC/BC224136/1

Description

Bagaikan suatu perlumbaan sengit, setiap manusia terus berlumba-lumba mencari dan mengumpul harta semasa hidup, sehingga ada yang lupa bahawa semua itu mesti ditinggalkan setelah kematian menjemput. Namun, hal itu tidak menjadi satu tegahan untuk kita mengumpul harta dan aset-aset selagi masih berkeupayaan. Bahkan, kita dianjurkan untuk terus berusaha mencari rezeki khususnya melalui jalan yang betul dan halal.

Harta dan aset yang tidak diuruskan akan dilabel sebagai harta beku yang menyebabkan tiada sebarang urusan boleh dilakukan dengannya. Hal ini sering kali berlaku akibat daripada perbalahan dalam kalangan ahli waris kerana si mati tidak membuat perancangan harta lebih awal semasa hidup. Berpandukan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”, setiap orang perlulah bertanggungjawab terhadap harta-harta yang dimiliki dengan membuat perancangan semasa hidup, agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Terdapat beberapa medium perancangan dan pengurusan harta orang Islam ketika hidup yang diketengahkan dalam masyarakat. Antaranya ialah hibah dan wasiat. Kebelakangan ini, institusi kewangan giat memperkenalkan produk-produk hibah dalam usaha menyebarluas kesedaran tentang kepentingan pengurusan harta ketika hidup. Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis hibah dan ini memudahkan masyarakat memilih kaedah hibah yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka. Oleh sebab lapangan hibah lebih luas, banyak kebaikan yang boleh diperoleh seperti pemberian yang tidak terikat dengan pihak-pihak atau kadar harta. Secara tidak langsung, ini membantu penyelesaian harta dengan lebih lancar dan mengelakkan perbalahan dalam kalangan ahli waris.

Justeru, tidak rugi sekiranya pengetahuan berkenaan pengurusan harta ini digarap lebih awal agar harta pusaka dapat dimanfaatkan dengan lebih baik. Maka bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan topik ini, sama-samalah kita sertai perkongsian menarik yang akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam isu harta di Mahkamah Syariah.

Speaker

Haji Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie.  Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.

 

Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”).  Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

 

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”).  Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

 

(1) Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
(2) Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
(3) Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
(4) Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
(5) Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
(6) Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
(7) Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
(8) Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021).
(9) Urus Pusaka Dari Perspektif Syariah & Undang-Undang Di Malaysia (2022).
(10) Wakalah: Kepentingan Wakalah Dalam Guaman Syarie Di Mahkamah Syariah Di Malaysia (2022).

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required