Event

Event

 

CPD Perintis | “Sah Ke Hibah Yang Aku Buat?”

24 Sep 2026 - Thu / 1 day / 2:00pm - 5:00pm / Raja Aziz Addruse Auditorium Level 2, Wisma Badan Peguam Malaysia, 2 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur

Seminar ini akan memberikan pendedahan dan manfaat mengenai prinsip serta penyediaan dokumen hibah dalam membantu klien, serta memberikan nasihat yang tepat kepada mereka. Antara perkara yang akan dikupas ialah:
(1) Prinsip dan asas hibah;
(2) Prosedur penyediaan dokumen hibah yang sah;
(3) Isu-isu praktikal dan cabaran dalam pelaksanaan hibah; dan
(4) Cara memastikan dokumen hibah lebih kukuh sekiranya dipertikaikan di mahkamah.

Member: RM 90
Law Student: RM 50
Pupil in Chambers: RM 50
Non-Member: RM 180
Organisers: Malaysian Bar

CPD: Perintis
CPD Points: 3
Event Code:
T3/24092026/BC/BC261117/3

Register Now
Clear

Description

Tahukah anda bahawa pada masa ini ramai yang membincangkan hibah dan ada yang berhasrat untuk menghibahkan harta kepunyaan mereka kepada insan tersayang?

Adakah anda memahami asas-asas hibah, prosedur dan kaedah penyediaan dokumen agar dokumen tersebut sah di sisi undang-undang dan hukum syarak?

Adakah anda, sebagai orang awam atau peguam, benar-benar bersedia dan memahami prinsip-prinsip hibah bagi memastikan dokumen hibah yang disediakan adalah kukuh dan tidak mudah dicabar apabila dibawa ke mahkamah?

Seminar ini akan memberikan pendedahan dan manfaat mengenai prinsip serta penyediaan dokumen hibah dalam membantu klien, serta memberikan nasihat yang tepat kepada mereka. Antara perkara yang akan dikupas ialah:
(1) Prinsip dan asas hibah;
(2) Prosedur penyediaan dokumen hibah yang sah;
(3) Isu-isu praktikal dan cabaran dalam pelaksanaan hibah; dan
(4) Cara memastikan dokumen hibah lebih kukuh sekiranya dipertikaikan di mahkamah.

Speaker

Hj Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie dan merupakan salah seorang rakan kongsi di Zamani Mohammad & Co, serta mempunyaikelulusan Ijazah Undang Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1991.

Beliau sering dijemput sebagai penceramah bagi siri-siri seminar yang dianjurkan oleh Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Badan Peguam Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, “CPD”). Di samping itu, beliau turut diundang memberikan ceramah undang-undang kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian.

Tambahan pula, beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah. Beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”) dan kini berperanan sebagai penasihat kepada PPST. Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam untuk penggal 2024/25.

Setakat ini beliau telah menghasilkan 15 buah buku untuk rujukan para peguam, pelajar jurusan Syariah dan juga untuk orang awam. Judul buku-buku yang diterbitkan ialah:
(1) Harta Sepencarian dan Hak Wanita (2014);
(2) Suami Isteri: Hak dan Obligasi dari Sudut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2015);
(3) Aplikasi & Tuntutan Hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia (2016);
(4) Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh: Kaedah dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah di Malaysia (2017);
(5) Tuntutan Wasiat di Mahkamah Syariah di Malaysia (2018);
(6) Perancangan & Pengurusan Harta dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2019);
(7) Mut’ah Bukanlah Suatu Tuntutan Balas Dendam (2020);
(8) Hak Wanita Selepas Bercerai di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (2021);
(9) Urus Pusaka dari Perspektif Syariah & Undang-Undang di Malaysia (2022);
(10) Wakalah: Kepentingan Wakalah dalam Guaman Syarie di Mahkamah Syariah di Malaysia (2022);
(11) Talaq Tiga: Putus atau Terus? (2022);
(12) Hutang dalam Perkahwinan: Mudah ke Menuntutnya di Mahkamah Syariah..? (2023);
(13) Hibah...Usah Hiba (2024);
(14) 50 Persoalan Asas Harta Sepencarian yang Perlu Anda Tahu (2025); dan
(15) Semakan & Rayuan di Mahkamah Syariah di Malaysia (2026).

Terms and Conditions

Polisi Acara

Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Pendaftaran untuk sesi ini akan ditutup pada 23 September 2026 (Rabu), pada pukul 12:00 tengah hari.

Bagi acara yang dikenakan yuran pendaftaran, semua pembayaran mesti dibuat terlebih dahulu, termasuk caj bank. Pendaftaran akan disahkan setelah bukti pembayaran dihantar melalui e-mel atau faks, dan pembayaran penuh diterima.

Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut. Dalam keadaan ini, semua yuran pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan.

Pembatalan

Pembatalan mesti dibuat secara bertulis.

Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik untuk pembatalan, tetapi penggantian peserta dibenarkan. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan butiran yang relevan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Jika anda gagal memaklumkan penganjur mengenai pembatalan sebanyak tiga kali berturut-turut, anda mungkin akan disenaraihitamkan untuk acara pada masa depan.

Pemindahan

Anda dibenarkan untuk memindahkan tempat anda kepada peserta lain, tetapi anda harus memaklumkan kepada penganjur dengan butiran yang diperlukan
sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.

Kehadiran

Mata CPD untuk Skim CPD tidak akan diberikan kepada peguam ataupun pelatih dalam kamar dari Semenanjung Malaysia yang tiba lewat lebih daripada 15 minit, tidak hadir sepanjang acara, atau meninggalkan acara sebelum tamat waktu yang dijadualkan.

Privasi

Maklumat peribadi yang anda berikan kepada BadanPeguam Malaysia, sama ada kini atau di masa hadapan, boleh digunakan, direkod, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi pihak Badan Peguam Malaysia untuk tujuan memudahkan dan menganjurkan acara ini, penyelidikan dan audit, penyelenggaraan pangkalan data peserta untuk promosi acara ini, dan perkhidmatan sampingan yang relevan.

Penafian

• Semua bahan kursus (jika ada) akan dihantar melalui e-mel sahaja. Tiada nota bercetak akan disediakan.
• Peserta tidak dibenarkan merakam kursus ini melalui apa-apa cara.
• Tiada bahagian kursus ini boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Badan Peguam Malaysia dan penceramah.

Talk2Us

    captcha [honeypot your-private-no]

    * all the fields are required