Description
Jawatankuasa Undang-Undang Syariah dan Jawatankuasa Perbankan Islam Majlis Peguam akan menganjurkan forum bertajuk “Pengurusan Harta Hibah Amanah Hartanah dan Harta Alih dan Perbankan Islam: Amalan dan Dokumentasi”.
Forum ini diadakan bertujuan memberi pencerahan tentang pengertian hibah dan hibah amanah serta perlaksanaannya dalam pengurusan hartanah dan harta alih serta dalam perbankan Islam, agar selaras dengan konsep Maqasid Syariah.
Objektif:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengertian hibah dan hibah amanah dan perlaksanaannya;
- Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan hibah hartanah dan cadangan untuk penambahbaikan dari sudut syariah dan konvensional;
- Mengambil maklum tentang garis panduan di peringkat pendaftaran di Pejabat Tanah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hukum syarak terhadap perintah hibah daripada Mahkamah Syariah; dan
- Menjelaskan penggunaan dan status hibah dalam perbankan Islam daripada perspektif Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.