Description
Forum ini akan mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan perkahwinan rentas sempadan yang sering dihadapi oleh masyarakat, khususnya dari perspektif undang-undang Syariah dan bidang kuasa Mahkamah. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah:
(1) Pengesahan perkahwinan luar negara — status keesahan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara tetapi tidak didaftarkan atau disahkan di Malaysia;
(2) Hak isteri dan pihak-pihak selepas perkahwinan rentas sempadan — hak-hak yang timbul selepas perkahwinan, termasuk isu berkaitan nafkah isteri, nafkah anak, harta sepencarian, hutang, mutaah serta hak-hak dan tuntutan lain yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian;
(3) Cabaran sekiranya berlaku perceraian — isu dan cabaran perundangan yang mungkin timbul, termasuk persoalan mengenai tuntutan nafkah, harta sepencarian, mutaah, hutang dan hak-hak lain selepas perceraian serta tindakan yang wajar diambil bagi melindungi hak dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat;
(4) Hak hadhanah dan penjagaan anak — isu pertikaian hak hadhanah dan penjagaan anak merentas sempadan, termasuk kes yang melibatkan anak yang menetap di luar negara bersama pasangan warga asing; dan
(5) Cabaran bidang kuasa — isu pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta cabaran perundangan yang timbul dalam pengendalian kes-kes berkaitan perkahwinan, perceraian, tuntutan kewangan, harta dan penjagaan anak.
Forum ini akan memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu-isu perundangan berkaitan perkahwinan rentas sempadan, termasuk cabaran praktikal dan isu bidang kuasa yang mungkin timbul dalam pengendalian kes-kes berkenaan.
Speaker
Ahli Panel
YAA Puan Nenney Shuhaidah bt Shamsuddin
Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (“JAKESS”) sejak Oktober 2025. Beliau berkelulusan Sarjana Sastera dalam Psikologi Kaunseling serta Sarjana Muda Pengajian Islam dalam Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”).
Dr Mohamad Azhan b Yahya
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”) sejak tahun 2016. Beliau mempunyai kelayakan Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang serta Sarjana Undang-Undang daripada UKM dan juga kelayakan dalam Syariah dan Perundangan Islam daripada Kolej Universiti Islam Selangor (“KUIS”) dan Universiti Sains Islam Malaysia (“USIM”).
Sarah bt Mohd Ali
Seorang peguam bela dan peguam cara yang mempunyai lebih daripada 28 tahun pengalaman dalam bidang litigasi sivil, undang-undang korporat dan Francais, undang-undang Syariah, pentadbiran harta pusaka, serta undang-undang keluarga Islam.
Ammar b Muhammad
Seorang pengamal undang-undang dengan pengalaman dalam bidang litigasi sivil dan jenayah, undang-undang Syariah, kontrak dan komersial, pembinaan serta timbang tara.
Moderator
Dato’ Shamsuriah bt Sulaiman
Seorang peguam bela dan peguam cara, peguam Syarie dan mediator yang mempunyai pengalaman lebih daripada 42 tahun. Beliau mahir dalam perundangan sivil dan Syariah serta banyak memberikan khidmat nasihat kepada orang perseorangan, syarikat korporat, syarikat pemegang Amanah serta merupakan panel kepada beberapa bank.
Terms and Conditions
Polisi Acara
Terma dan Syarat Pemindahan Tempat adalah terhad dan pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Pendaftaran untuk sesi ini akan ditutup pada 30 September 2026 (Rabu), pada pukul 12:00 tengah hari.
Bagi acara yang dikenakan yuran pendaftaran, semua pembayaran mesti dibuat terlebihdahulu, termasuk caj bank. Pendaftaran akan disahkan setelah bukti pembayaran dihantar melalui e-mel atau faks, dan pembayaran penuh diterima.
Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan tersebut. Dalam keadaan ini, semua yuran pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan.
Pembatalan
Pembatalan mesti dibuat secara bertulis.
Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik untuk pembatalan, tetapi penggantianpeserta dibenarkan. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan butiran yang relevan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.
Jika anda gagal memaklumkan penganjur mengenai pembatalan sebanyak tiga kali berturut-turut, anda mungkin akan disenarai hitamkan untuk acara pada masa depan.
Pemindahan
Anda dibenarkan untuk memindahkan tempat anda kepada peserta lain, tetapi anda harus memaklumkan kepada penganjur dengan butiran yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara.
Kehadiran
Mata CPD untuk Skim CPD tidak akan diberikan kepada peguam ataupun pelatih dalam kamar dari Semenanjung Malaysia yang tiba lewat lebih daripada 15 minit, tidak hadir sepanjang acara, atau meninggalkan acara sebelum tamat waktu yang dijadualkan.
Privasi
Maklumat peribadi yang anda berikan kepada Badan Peguam Malaysia, sama ada kini atau dimasa hadapan, boleh digunakan, direkod, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi pihak Badan Peguam Malaysia untuk tujuan memudahkan dan menganjurkan acara ini, penyelidikan dan audit, penyelenggaraan pangkalan data peserta untuk promosi acara ini, dan perkhidmatan sampingan yang relevan.
Penafian
Semua bahan kursus (jika ada) akan dihantar melalui e-mel sahaja. Tiada nota bercetak akan disediakan.
Peserta tidak dibenarkan merakam kursus ini melalui apa-apa cara pada bila-bila masa.
Tiada bahagian kursus ini boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Badan Peguam Malaysia dan penceramah.