Event

Event

 

Legal Translation

5 Mar 2019 - Tue / 1 day / 3:00pm - 5:00pm / Selangor Bar Committee Auditorium, No.37, 39 & 41, Jalan Bola Jaring 13/15, Section 13, Shah Alam, 40100, Selangor

Kursus ini sangat bermanfaat untuk pelatih dalam kamar, peguam dan pegawai perundangan yang ingin memperbaik kemahiran mereka dalam komunikasi dan penulisan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan penterjemahan dokumen mahkamah atau nasihat perundangan

Organisers: Selangor Bar

CPD Points: 3
Event Code:
T2/05032019/SLB/SLB192088/3

Description

Memperkenalkan para peserta kepada aspek penting dalam penulisan bahasa Melayu dan penterjemahan undang-undang iaitu:

a) Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia

  • Peserta akan diberi penjelasan mengenai peradaban dan hubung kait bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa asing dari dahulu sehingga sekarang, pembentukan istilah dan hukum tatabahasa yang asas.
  • Kefahaman mengenai evolusi dan peraturan bahasa Melayu akan membantu peserta untuk menghasilkan penulisan dan penterjemahan yang lebih baik dan ‘hidup’.

b) Teknik penterjemahan asas dengan tumpuan pada teks perundangan:

  • Peserta akan diberi penjelasan mengenai teknik penterjemahan yang asas tetapi terperinci, padanan istilah yang betul, dan kesilapan atau perbezaan yang lazim berlaku dari segi ejaan dan makna.
  • Kefahaman mengenai teknik penterjemahan untuk teks biasa dan perundangan akan membantu peserta untuk menghasilkan penulisan dan penterjemahan yang tepat, berkualiti dan mudah difahami.

Kursus ini sangat bermanfaat untuk pelatih dalam kamar, peguam dan pegawai perundangan yang ingin memperbaik kemahiran mereka dalam komunikasi dan penulisan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan penterjemahan dokumen mahkamah atau nasihat perundangan.

Speaker

Kursus ini akan disampaikan oleh Puan Lisa Khalilah binti Khalili, peguam dari Zul Rafique & Partners, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengalaman profesional selama 18 tahun dengan sebahagian besarnya dalam khidmat perundangan dan Sekretariat Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) di Bank Negara Malaysia, serta khidmat penterjemahan selepas dilatih di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Terms and Conditions

Please contact the organiser for further Terms and Conditions.

Selangor Bar Committee
No. 37, 39 & 41, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 5519 6219
Fax: +603 55199037

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required