Description
Objektif forum ini adalah untuk:
- memberi pendedahan kepada peserta berhubung dengan definisi dan status “anak tidak sah taraf” dari perspektif undang-undang Islam dan undang-undang sivil;
- membincangkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (“Akta 164”); dan
- membahas bagaimana Rang Undang-Undang berkaitan pindaan kepada Akta 164 memberi impak kepada pasangan yang berkahwin di bawah Akta 164 dari segi status perkahwinan, tanggungjawab suami kepada isteri dan anak-anak, serta pembubaran perkahwinan.