Event

Event

 

CPD Islamic Estate Management Series | Seminar Eksplorasi Undang-undang Faraid

12 Jun 2023 - Mon / 1 day / 9:00am - 5:00pm / Raja Aziz Addruse Auditorium, 2nd Floor, 2 Wisma Badan Peguam Malaysia, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur
Seminar ini bertujuan membincangkan isu-isu terkini dalam undang-undang faraid di Malaysia dan memberi peluang kepada peserta untuk mendapat perspektif dari pengamal undang-undang yang berpengalaman dalam bidang faraid. Seminar ini sesuai untuk dihadiri oleh peguam, peguam Syarie, pegawai mahkamah dan peminat undang-undang berkenaan faraid.  Tempat adalah terhad.  Daftar segera untuk menyertai seminar ini untuk memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang undang-undang faraid.

Member (SLS & AAS): RM 180
Member: RM 180
Law Student: RM 90
Pupil in Chambers: RM 90
Non-Member: RM 360
Organisers: Bar Council

CPD: Legal Learning Lab
CPD Points: 5
Event Code:
T3/12062023/BC/BC232196/5

Description

Seminar ini bertujuan membincangkan isu-isu terkini dalam undang-undang faraid di Malaysia dan memberi peluang kepada peserta untuk mendapat perspektif dari pengamal undang-undang yang berpengalaman dalam bidang faraid. 

  • Mawardi Che Man, Timbalan Pengarah 1 di Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, akan membincangkan siasatan waris untuk memberi pemahaman mendalam mengenai proses siasatan dalam kes faraid.
  • Hj Wan Abdul Halim b W. Harun, pengamal perundangan Syarie, akan membincangkan kaedah formula kiraan faraid, dan memberi pandangan terperinci mengenai kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengira pembahagian harta pusaka.
  • Murshidah Mustafa dari Tetuan Rizal Hafiz, dan Mohamad Redzuan b Idrus dari Tetuan Falcolaw akan berkongsi pengalaman dan pandangan praktikal mereka sebagai peguam berpengalaman dalam undang-undang faraid.

 

Speaker

Hj Wan Abdul Halim b W. Harun
Pengamal perundangan Syarie

Beliau ialah seorang yang memiliki pengalaman selama 30 tahun sebagai mantan Pegawai Pusaka.  Beliau telah memenangi Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2007 melalui bukunya yang berjudul “Mengurus Harta Pusaka - Pusaka Pemangkin Kesejahteraan Keluarga”.  Hj Wan Abdul Halim memiliki pengetahuan mendalam tentang kaedah-kaedah kiraan faraid dan pengalaman praktikal dalam mengurus harta pusaka. Ceramah beliau akan memberikan wawasan yang berharga dalam penyelesaian urusan faraid.  Beliau juga ialah seorang peguam Syarie.

 

Mawardi Che Man
Timbalan Pengarah 1 di Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan

Beliau ialah seorang yang berpengalaman sebagai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan bekas Pengawai Penyelidik Mahkamah Rayuan Syariah.  Beliau memiliki pemahaman mendalam tentang undang-undang Syariah dan pengalaman dalam menyelesaikan kes faraid sebagai hakim.  Beliau akan memberikan perspektif yang luas dan pengetahuan praktikal dalam undang-undang faraid.

 

Murshidah Mustafa 
Tetuan Rizal & Hafez

Murshidah Mustafa ialah Bendahari Badan Peguam Malaysia untuk penggal 2021/2022, 2022/2023 dan 2023/2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah ke Majlis Peguam bagi penggal 2018/2019 dan 2019/2020. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, dan sebagai Timbalan Pengerusi Bersama (2019 hingga 2020) dan Timbalan Pengerusi (2018 hingga 2019) bagi Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran Profesional Majlis Peguam, Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Mediasi Majlis Peguam (2019 hingga 2020), Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Penjagaan dan Kebajikan Pengamal Undang-Undang Majlis Peguam (2019 hingga 2020), dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Firma Kecil Majlis Peguam (2019 hingga 2020). 

 

Mohamad Redzuan b Idrus
Tetuan Falcolaw

Mohamad Redzuan b Idrus telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang pada tahun 2002. Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Fariz Halim & Co. dan berpengalaman dalam bidang amalan pemindahhakan (conveyancing), litigasi umum dan harta pusaka. Pada tahun 2020, Redzuan telah ditauliahkan sebagai seorang mediator. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden 1 bagi Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (2015 hingga kini). Redzuan ialah Pengerusi Conveyancing Practice Subcommittee, Penang Bar Committee dari tahun 2022 hingga 2024. Redzuan kerap dijemput oleh agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan seminar berkaitan hartanah dan pengurusan harta pusaka. Buku tulisan beliau bertajuk “Analisis Hibah Semasa: Mutlak, Amanah, Cagar Dan Syarat” telah ditulis bersama dua orang penulis dan diterbitkan pada tahun 2020.

Terms and Conditions

Event Policy

Places are limited and registration is on a first-come, first-served basis.

For events with registration fees, all payments must be made in advance, including bank charges. Registration will be confirmed once proof of payment is provided by email or fax, and full payment is received.

For events that are not organised by Bar Council, please note that you are subject to the relevant terms and conditions specified by the external providers.

Cancellation 

Cancellations must be made in writing.

If you have failed to inform the organiser on your cancellation for three consecutive times, you may be blacklisted for future events.

Refunds 

Refunds will be processed after the event is completed. This may take up to 30 business days. The conditions for refunds are as follows:

  • Full refunds will be issued if the event is cancelled or postponed by the organiser due to some circumstances.
  • No refunds for this course. However substitution is allowed.

The organiser reserves the right to modify, cancel or postpone the event, should circumstances arise that make such action necessary, whereupon all registration fees paid will be refunded.

Transferral

You are allowed to transfer your place to another participant, but you must notify the organiser with the necessary details.

Attendance 

CPD points will not be awarded to lawyers and pupils in chambers from Peninsular Malaysia who arrive more than 15 minutes late, are not present throughout the event, or leave before its scheduled end.

Privacy 

The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed by or on behalf of the Bar Council for the purposes of facilitation and organisation of this event, research and audit, maintenance of a participant database for the promotion of this event, and such ancillary services as may be relevant.

Disclaimer

  • Materials will be emailed only. No printed notes will be provided.
  • No recording of the event is permitted via any means at any time.
  • No part of the event content may be used/reproduced in any form without the written and explicit consent of the Bar Council and speaker(s).

Talk2Us

    captcha

    * all the fields are required